All in a days life... Thanks for reading :)

Google

20 October 2006

Jalan Raya - Tempat Buat Pahala

Tadi saya dok drive pergi ofis...
seperti biasa, jumpak la orang2 yang memang suka cilok kanan, cilok kiri,
potong lane kiri, potong tengah2 lane, dan macam macam lagi :)
Biasa la, karenah drebar2 Malaysia tanah airku my dirt water :)

Mercedeze Benz ke, Honda Prelude tahun 1980 ke, Nissan Impul Murano ke, dan juga
Kancil2 Modify exhaust besar kepala Abarahm Linkon... kebanyakan mmg tak berapa nak
bersopan di jalan raye. Kempen nak soh ubah perangai pon dah berbuih gomen
dok kempen. Apa macam? Bila ini semua mau berenti? Muhd Rempit bin Jaapar pon sekarng
makin dok bermaharajalela, dan saya rasa gak la, dia orang ni still buleh beroperasi
sebab ada gak la menosia2 yang ada power kat peringkat atasan kasik green light
dalam gelap. Hmmmmmmmmmm.... Hindi mo naba? (Ini ayat Filipina. Letak gak walaupun
tak tau maksud, sebab bunyik macam sedap :P)

Anywayzzz... :)
Ini sebenarnya chance! Chance besar utk kita membuat pahala extra di bulan puasa yang
dah nak abis ni (chait! Aku tak bayar Fitrah lagik!).
Katakan la... Simpulan A pergi bawak slow gilos kat lane kanan. Instead of
kasik HON seround, disusuli maki hamun yang kurang intensif (sebab puasa), adalah
lebih baik kalau kita just kasik satu round FLASH kepada Simpulan A sahaja. Kalau buleh, sonyum sket pon takpe :)
Tapi kalau si A ni tak faham bahasa lampu, maka jangan la pulak pi cucuk buntut
keretanya, kerna nanti masuk statistik Ops Sikap ke 200 :)
Time ni la kot, kita boleh practice Patience :) Follow je la belakang dia.
Tapi kalau dah lamaa sangat dia still tak ke kiri, maka terpaksa la kita langgar
'guideline' "DILARANG MEMOTONG DI LORONG KIRI". Ini dah kira dharurat! Terpaksa potong, sebab kalau tak, orang2 lain kat belakang marah pulak. Karang lane jadik
panjangg. Maka elok la langgar sket guideline, dan potong je la kot kiri. TAPI! Ni
kalau dah dharurat je la :) Macam dalam agama gak la... hehehe. Dharurat membolehkan larangan. Hehehehehe. Tapi ni tak le sampai ke tahap agama :) kekekeke.

Lagi satu, akan selalu jumpa makhluk menosia yang!!! Akan signal 1.5 MILI-SAAT sebelum dia nak masuk. Kalau terjumpa menosia macam ni, kasik je la dia masuk. Takyah le nak tunjuk terel, dan nak tunjuk "INI JALAN HAK AKU!" punya attitude. kasik dia
masuk saja walupun mmg kita tau dia ada sikit skru loose kat atas, dan gak dia punya
signal jugak mingkin lambat respon :P Kasik saja masuk, dan anda akan terkejut dengan
perasaan gumbira yang subtle (halus). hehehehe.

Lagi satu! Haaaaaaaaaaaaa... Zebra Crossing! Ini kat Malaysia, hanyalah merupakan
lukisan artis kuda belang di tengah jalan. Takde orang follow sangat! Patotnya, kalau
ada Zebra Crossing, maka kalau ada pejalan kaki a.k.a. Pedestrian bin Jaapar, maka kasik la dia orang lintas. Kat Malaysia, selalu nya idok! Jadi, kalau ternampak pejalan kaki, maka kasi la lintas. NAMUN! Kena check gak cermin kiri dan kanan. Tengok kot2 ada motor2 nak potong. Sebab kalau kita dah stop, tapi itu motor mau potong, nanti pejalan kaki kena langgar juga. Kembali ke rahmatullaah plak.



Anywayz... ini lah dia beberapa cara utk membuat pahala insya-Allaaah ;)
Berhati2 di jalan raya, dan berbuat baik di jalan raya. Bak kata TV3,
"Semoga anda selaamat tiba". :)

okes. nak buat kerja.

SELAMAT HARI RAYA, DEPAAVALI, DAN SELAMAT BERCOTI!!!

11 Comments:

Post a Comment

<< Home