All in a days life... Thanks for reading :)

Google

26 November 2007

NEW BLOG

Assalaam aleykom WBT and Good Day :D

I have recently constructed a new blog :) Concept is pretty much the same with this one...
Cuma I hope to start over with a new theme at heart :)

Please visit http://alfiantroxion.blogspot.com :D Thanks in advance for visiting and hopfully reading :D

20 October 2006

Jalan Raya - Tempat Buat Pahala

Tadi saya dok drive pergi ofis...
seperti biasa, jumpak la orang2 yang memang suka cilok kanan, cilok kiri,
potong lane kiri, potong tengah2 lane, dan macam macam lagi :)
Biasa la, karenah drebar2 Malaysia tanah airku my dirt water :)

Mercedeze Benz ke, Honda Prelude tahun 1980 ke, Nissan Impul Murano ke, dan juga
Kancil2 Modify exhaust besar kepala Abarahm Linkon... kebanyakan mmg tak berapa nak
bersopan di jalan raye. Kempen nak soh ubah perangai pon dah berbuih gomen
dok kempen. Apa macam? Bila ini semua mau berenti? Muhd Rempit bin Jaapar pon sekarng
makin dok bermaharajalela, dan saya rasa gak la, dia orang ni still buleh beroperasi
sebab ada gak la menosia2 yang ada power kat peringkat atasan kasik green light
dalam gelap. Hmmmmmmmmmm.... Hindi mo naba? (Ini ayat Filipina. Letak gak walaupun
tak tau maksud, sebab bunyik macam sedap :P)

Anywayzzz... :)
Ini sebenarnya chance! Chance besar utk kita membuat pahala extra di bulan puasa yang
dah nak abis ni (chait! Aku tak bayar Fitrah lagik!).
Katakan la... Simpulan A pergi bawak slow gilos kat lane kanan. Instead of
kasik HON seround, disusuli maki hamun yang kurang intensif (sebab puasa), adalah
lebih baik kalau kita just kasik satu round FLASH kepada Simpulan A sahaja. Kalau buleh, sonyum sket pon takpe :)
Tapi kalau si A ni tak faham bahasa lampu, maka jangan la pulak pi cucuk buntut
keretanya, kerna nanti masuk statistik Ops Sikap ke 200 :)
Time ni la kot, kita boleh practice Patience :) Follow je la belakang dia.
Tapi kalau dah lamaa sangat dia still tak ke kiri, maka terpaksa la kita langgar
'guideline' "DILARANG MEMOTONG DI LORONG KIRI". Ini dah kira dharurat! Terpaksa potong, sebab kalau tak, orang2 lain kat belakang marah pulak. Karang lane jadik
panjangg. Maka elok la langgar sket guideline, dan potong je la kot kiri. TAPI! Ni
kalau dah dharurat je la :) Macam dalam agama gak la... hehehe. Dharurat membolehkan larangan. Hehehehehe. Tapi ni tak le sampai ke tahap agama :) kekekeke.

Lagi satu, akan selalu jumpa makhluk menosia yang!!! Akan signal 1.5 MILI-SAAT sebelum dia nak masuk. Kalau terjumpa menosia macam ni, kasik je la dia masuk. Takyah le nak tunjuk terel, dan nak tunjuk "INI JALAN HAK AKU!" punya attitude. kasik dia
masuk saja walupun mmg kita tau dia ada sikit skru loose kat atas, dan gak dia punya
signal jugak mingkin lambat respon :P Kasik saja masuk, dan anda akan terkejut dengan
perasaan gumbira yang subtle (halus). hehehehe.

Lagi satu! Haaaaaaaaaaaaa... Zebra Crossing! Ini kat Malaysia, hanyalah merupakan
lukisan artis kuda belang di tengah jalan. Takde orang follow sangat! Patotnya, kalau
ada Zebra Crossing, maka kalau ada pejalan kaki a.k.a. Pedestrian bin Jaapar, maka kasik la dia orang lintas. Kat Malaysia, selalu nya idok! Jadi, kalau ternampak pejalan kaki, maka kasi la lintas. NAMUN! Kena check gak cermin kiri dan kanan. Tengok kot2 ada motor2 nak potong. Sebab kalau kita dah stop, tapi itu motor mau potong, nanti pejalan kaki kena langgar juga. Kembali ke rahmatullaah plak.



Anywayz... ini lah dia beberapa cara utk membuat pahala insya-Allaaah ;)
Berhati2 di jalan raya, dan berbuat baik di jalan raya. Bak kata TV3,
"Semoga anda selaamat tiba". :)

okes. nak buat kerja.

SELAMAT HARI RAYA, DEPAAVALI, DAN SELAMAT BERCOTI!!!

08 October 2006

Berbuka Puasa di Lembah Keramat

Semalam, tanggal 7 Oktober 2006, saya telah dengan hormatnya dipelawa membuka puasa di rumah Puan Farah Ismail dan Encik Norhadie Samsuri. Makan ala2 potluck gitu, dan saya telah memasak
(dengan bantuan isteri tercinta of course :P) apa yang dipanggil Sheppard's Pie. Tak tau la sama ada betul ke tak benda ni nama Sheppar'd Pie, tapi sebab itu lah nama yang mak saya kasik tau, maka itu lah kot nama dia :) Gambar makanan sempoi itu ialah seperti di bawah :)


GAMBAR SHEPPARD's PIE

Rakan-rakan lain telah membawa menu pelbagai rasa seperti murtabak, pizza, lasagna, pasta alfronggo dan macem macem lagi!!! Sedap dan beraneka macam makan buffet kat Restoren Tupai Tupai... Astalgroloooooo!!!!

Tapi... kok malang berbau bau, sebab saya terlupa ya-aamat nak amik gambar2 makanan2 yang ada. Mungkin sebab sibuk sangat makan. Makanan dah la sodap sodap!!! Tapi takpa. Kita ambik gambar2 tukang masak dia pon kira ok jugak la kot...

Mari saya senaraikan tukang2 masak yang dapat dikenalpasti...

1. Ahmad Eddie Kurma Vijaya Ibramsha Kareem dan Gee 'The Teacher' Ravioli


GAMBAR EDDIE, GEE dan ADIK GEE

- Eddie kata dia yang masak pasta goreng. Basically, Eddie cooked spaghetti goreng
(dengan macam tak banyak minyak, which is good), plus some herbs dan jugak
di 'top' dengan sliced meat. Sedap la pulak... nampak simple, but quite good. So, the
Pasta Spaghettilo Al Meat-ro dapat menandingi kesempoi-an masakah Khairul Jamie Oliver bin Jaafar!!!

2. Marathonner-cum-Iron-Man Wawa Hashim Wellington dan Sandra Susanti Mintar


GAMBAR WAWA dan SANDRA

- Ok. Sandra yang masak aku rasa. Wawa tengok aje... ataupun mungkin dia tidoq dalam
bilik dia masa Sandra dok masak. Kekekeke. Tapi saya tak tau, kot2 saya terpitnah secara
tak sengaja. Hehehe. Anywayz, desert enak yang diberi nama CAMAREL PUDDING yang dibanjiri AIR GULA. Slurp dan Gulp!!! Sedap tak terkata bak di katakan oleh para pemakan. Saya sendiri tak sempat makan. Chaitz. Asyik nak makan, tapi terlupa. Alih2 dah balik :( Oh, btw, saya tumpang kereta En Wawa dan Puan Sandra :) Hehehehe. Terima kasiiiih...
... Lupa pulak. Wawa juga telah memasak KEK! Nama KEK tu INDULGENCE! Dia masak
bersama dengan chef kat SECRET RECIPE Bandar Baru Bangi. Hehehehehe. TQ Wawa for de cake :)

3. Nurul Huda Sheena Easton Kecik Singgaporoliangkor Serdang Hospital


GAMBAR KECIK

- Kecik telah datang dengan memperkenalkan masakan kakak-nya (ke kakak ipar. Saya kurang ingat). Pizza yang jauh lebih enaq dari PIZZA PAH dan juga ZAN PIZZA. Pizza yang jika makan sekali, nak 7 kali. Kalau 7 kali, nak 12 kali, kalau nak 12 kali..... ok melampau la itu. Kerna Nabi kata berhenti sebelum kenyang. Hehehehehe. Namun, pizza Kecik Al Jaapar mmg lazat Alhamdulillaah. Tunas rasa ada gak macam nak jadi Italia... TAPI! Tengok2 ada jugak kena air tangan ketimuran, jadi tak jadi la pulak nak bawak gondola :(

4. Supiyan Kartolzonggo dan Isteri (Sorry PYAN! Aku asyik lupa nama bini kauuu)


GAMBAR SUPIYAN

- Supiyan telah berjaya memanggang murtabaknya sendiri. Murtabak resipi MCKK dan MRSM Taiping (walaupun Pyan tak pernah pi MRSM Taiping). Tak lupa juga Sri Putri dan Tunku Kursiyah. Anywayz, murtabak Pyan mmg best. Saya sendiri dapat makan sikit saja... sama la kes macam karamel pudding Sandra,... plan nak makan, tapi aleh2 terlupa dan dah tiba time balik. Sedih... tapi takpa.... sebab Supiyaan buleh buat lagi ye dok :) Hehehehe.

5. Host and the Hostess :)


GAMBAR KECIK BANG MATT AND FARAH

- Tuan2 rumah... sorry gambar anda kecik. Saya terlupa nak berphoto2 nak rak semalam sebab makanan best best. Yang saya dapat makan masakah tuan rumah ialah NASIK MINYAK ALA KING dan AYAM MASAK MERAH KICK-A$$ SEDAPNYA! :) Ayor yang direadykan pon sungguh2 sesuai utk menghilangkan dahaga... kerna nggak terlalu manis, dan nggak terlalu tidak manis :) Tq juga kerna menyediakan tempat bersolat, serta menunjukkan kami semua jalan ke masjid yg membulehkan kitorang semayang terawih berjemaah :)

......................
................
.......

Basically, bebudak ex-ADP3 yang datang :) Antara yang saya tak sempat ambik gambar ialah...

1) Shareen Azua (ke Azwa)
2) Rafeeza

Anywayz, Alhamdulillaah... it was all a wonderful get together... lepas ni kot2 buleh buat lagi insya-Allaah. Plus, sambil sambut birthday Bang Matt yang ke... ke... ke....
berapa ek Bang Matt? :P So, it was more joyful lah. Tambahan ngan anak2 semua orang lagi yang hadir. Maka lagik la seghonok keadaan. Anak saya tak dapat datang kerna beliau menunjukkan simtom2 mau demam selesam. Jadi tak bawak la dia. Tapi gambar dia saya bubuh jugak la kat sini :)

Okie. Mau belajar game programming lepas ni. Akan daku blog pasal itu pulak selepas
ini insya-Allaaah.



BIRTHDAY PIC - ANAK2 Bang matt, wawa dan Supiyan


KEK "INDULGENCE" BANG MATT HADIAH DARIPADA WAWA DAN SANDRA


RASA-RASANYA NI SEMUA ORANG KOT


HADIAH HARIJADI KEPADA BANG MATT... hehehe. OK, NI MOTO ANAK DIA


BANG MATT DAH LALOK SEBELUM ADAM (ANAK DIA NGAN FARAH)


WAWA TENGAH WIRID


MACAM JOGGING JUGAK, WAWA DAH SYOK WIRID!!!



ANAK LALAKI LANANG WAWA NGAN SANDRA... "Apa bapak aku dok wirid ni?"



BANG MATT AJAR BUDAK2 POTONG KEK SUPAYA DIA BULEH MAKAN. CHILD LABOUR TUL LA MAMAT NI


SAYA SYAK BANG MATT SOH PASANG CERMIN BESO NI, SUPAYA DIA SENANG SIKAT RAMBUT


SIBUK DISKUS HAL POLITIK


WAWA DAN KECIK TENGAH TENGOK GAMBAR2 ZAMAN MUDA PALEOLITIK MESOLITIK...



GAMBAR MAKANNNNNNN


DAN SEPERTI YANG DIJANJIKAN... ANAK SAYA YANG TENGAH BELAJAR NAK PAKAI HEADPHONE :)
NADIAH FARHANAH NAMA DIA...


Thanks for dropping by.

Assalaam Aleykom Warohmatullaahi Wabarokaatuh

03 October 2006

Back from Sydney

Salamz to all readers :)

Today I will update my blog after soo long.

Saya sekarang sudah berada di Malaysia kembali. Hari tu pergi 'cuti' kejap kat Sydney
buat PhD. But things turned out sour, and had to come back after dekat 2 bulan kat Sydney.
Actually tak la sampai 2 bulan pun, dekat2 je la. And, actually tak sempat nak 'cuti' pun,
sebab dok sibuk cuba buat PhD.

Anywayz, now dah balik ke Malaysia, and thinking about apa nak buat utk future. Setakat ni,
rasa-rasa macam naka pply universiti kat Malaysia :) Dah identify USM, harap2 tak kena
reject dek Dekan dan juga orang2 atasan Universitas Putras Malaysias :)

Blog ni akan berubah nanti. Tapi tak tau bila. Tapi definitely akan berubah jadik kaler lain... dan kontent pon lain insya-Allaah :)

Okes. Nak pi baca paper2 IEEE ngan ACM japs :) Kena baca doa dulu sebelum baca paper ni. Kalu tak kang susah. Hehehe. Sapa2 ada doa-doa extra yang buleh kasik ilmu smooth masuk kepala? :) Much appreciated. Hehehehehe.

Assalaamualaikum WBT

Alpyan

18 August 2006

Allowance naik?

Alhamdulillaaah - May all praise be to Allaah :)

I hear that the allowance for students studying in Aussie-land will be kasi naik?
If naik, then betul2 bersyukur cuz the money before mmg tak berapa nak cukup.

Anywayz, hear that it's gonna be 1000 plus Ozi dollars... for an individual. But if got
wife, get 30% from uni. 30% some more for kid.

Kalau betul la naik elaun ni, I would like to thank Mr (bakal Dr.) Tajul, bakal Dr. Bahrain, dan gak.... Hassan kot? Pon bakal Dr.

Yang telah menyediakan satu report yang komprehensif, dan telah diberikan direct kepada
Pak Lah kita dua tahun yg lepas.

Even though this allowance raise is just heresay at the moment, I and my wife would like to thank these people with the utmost gratitude! Sebab they were the ones who fought for the raise... but in the end, dia orang macam tak dapat nak merasa. They knew this from the beginning, but they didnt want the following batches, especially those who come with family, to suffer like they did.

Anywayz, hope all is true. Cuz then.... Ok la sket idop kat sini. Meaning boleh la buat savings dari gaji :) Better cikit then nod out of MULUS! (Dulu aku ada member nama Saiful Nazri Sifar Mulus... ke Muluk?)

OKie

Tu je.

Bubbyee

16 August 2006

PhD

PhD ni susah rupanya

Hehehehe. Understatement of the century.

Sebenarnya takde la susah sampai ke tahap cipan alexander. Cuma, kalau tak sedia dari akar umbi, it's gonna be really2 tough. Dan dengan rasa rendah dirinya, saya rasa saya tergolong dalam golongan orang yang akan get a really2 tough time. Sebab tak pernah buat research satu... lagi satu sebab kena buat benda yang mmg takde background sangat.

Tapi takpe la kot. Try dulu. Kalah menang, itu kasik sama BOSS atas tentukan. Yang penting, AK UBUAT SEBAIK MUNGKIN! HIIIIIAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHH KRAKATOOOAAAA!!!! (kalau tak silap nama gnung berapi tu)....

Anywayz, tadi baru habis kelas Advanced Networking. Kat ujung ada kuiz. Apa dia tanya, jawab je la. Kasik jawapan setakat mana rasa mampu kasik. Aku rasa pon, lecturer tu bukannya nak jawapan tepat. Tapi nak tengok kefahaman kita. Tapi tak tau la. Kelas pun nama Advanced Networking... so mmg kena advanced la kot. Yang bab2 layering networking pon baru nak belajar dengan Norsalwati Nordin dan juga Ahmad Internet bin Jaafar (Internet la tu).

Okes la. Mau pi tidor. Tapi kena semayang dulu. Kalau tak, nanti dosa dan masuk neraka jahannamiu!!! Tapi lepas dah kiamat semua tu nanti la. Hehehehehe. Insya-Allaahh.

Apa aku bebel ni. Ngantuk dah kot.

Okes!

DAN!

Sapa2 tau macam mana nak customize blog.... sila kasik tau sama hamba :) Nanti nak buat blog baru. Sempena azam baru di tahun yang tak la baru pon.

Okie dokie

Assalaaam Aleykom dan Salaaam Sejahtera

13 August 2006

Video Coding (and Transmission) Over Wireless Networks

Ok. Yang dekat atas tu is my PhD main topic. To tell you the truth, my initial proposal (or more of a review actually) was regarding Video Retrieval. Now it's like been changed sembilan puluh tujuh peratus :P From retrieval to.... i don't know what it is now :)

But it's ok I guess. Never really knew nothing much about video retrieval also. So this topic basicall leaves me in the the same ball park :)

Need to do tons of reading i guess. That's required if I want to get thru the first year of my PhD. Insya-Allah i can do it. Atheer Abas Matroud is confident in me. HAHAHA! Korang kena ke Atheer Abas Matroud? Rupa macam Osama beng Laden tapi datang dari negara Saddam Hussein. Tinggi pon macam Osama... kurus macam Osama... kalau ada jiggut panjang, memang orang akan ingat Osama ben Laden. hehe. tapi takpe... sapa2 yang nak kenal dengan Atheer, buleh la Google kat utk nama dia. Atheer Abas Matroud. :)

Anywayz, ni nak sambung baca. Ada benda yang faham, ada benda yang MACAM faham, dan ada benda yang memang tak faham. Dan lepas dah lama lama dok baca... rasa2 macam tak nak faham pon ada. Hehehehe.

Anywayz...

Okie. Nak tanya, kot2 ada yang baca blog ni nak datang Australia nak sambung belajar? Setakat ni boleh lakot kalau nak kasik advice dari segi cost of living. Kalau dari segi academic... tak berapa nak experience lagik... sebab this is my first time doing research. Nanti kot2 dah lama sikit buleh la kasik info yang intelectual sket :) Anywayz... kos of living mmg penting jugak... so kalau sapa2 nak tau, kasik la holler sama aku. Akan aku tulis insya-Allah.

Okes. Mau baca...

Assalaaam Aley Kom Warohmatullaaahi Wabarokaatuh

29 July 2006

Google Adsense aku dah dekat 38 dollar!!!

Alhamdulillaah

Aku saja testing letak Google Adsense dalam blog ni ha. Nengok2, macam ok gak la.
Walaupun tak targeted sangat traffic tu, dan tak ramai yang datang blog aku yg
korok ni, at least ada gak kena sket sket :P

Thank you for you clickers out there :) Hopefully U clicked cuz U wanted to click :) Kalu
tak nak clik, toksah click, sebab nanti advertisers kena bayar duit tak pasal pasal. Good for
me but bad for them. So, .... itu la dia :)

Tapi kalau nak click sebab nak tahu, ok aje :) hehehehe. Aku alu alukan.

Anywayz, this is one way to look for money online. But in my case, mmg tak seberapa pon la.
sebab tak pandai main adsense ni lagik. For any of you yang berminat, buleh la test letak Adsense
kat blog or website korang. Untung2 dapek duit extra 100 or lebih USD sebulan ke :P
Tu ada link kat atas belah kanan blog aku tu. But if you click there, U'd become like... my downline la kot? This is not MLM or Network marketing by the way :P

But if tak mau click atas tu pon buleh. Can go to Google's main page.. and then can join from there. It should be under the advertising program link... kot?

Anywayz, just happy for the USD38 (almost)... Alhamdulillaah sukur niqmat shud be in order here.
hehehehe

Ok ok. Now I go to Ozzieland.

Assalaamualaikum WBT

Gone to Ozziland

Allo.

Well, actually I havent yet GONE to Australia. Flight will be departing KLIA tomorrow night (Sunday, 8:45pm). Expected to arrive in Sydney at around 6:45 am? Hmmm. Thats like, Malaysia time 4:45 am :P Uiks. Tak ngantuk ke aku nanti?

Anywayz, shud be OK.

Lepas tu, terus carik supervisor... bukak bank account (who knows which bank is de best?)
Lepas tu... ntoh la... see how the flow goes. :)

Most important is to get to know the supervisor (Dr Jian Zhang) and then, tengok la what torture
he has in store for me. kekekeke

Okes.

OH!

After this I plan to do a RE-BLOG. I find that my blog is far too uninteresting to read. Ingat nak tengok a few blogs out there, and emulate their style. Lepas tu buat blog baru :) hehehehe.
Harap2 korang nak baca la. And most of it will be my life in Sydney, insya-Allah.
Ni kes nak tiru style Abang aku jugak la ni. Sib baiiik ada abang yg buleh dicontohi. Kekekekeke.

Okes. Sekian dan Bye bye

Alfian in Malaysia will be flying to Sydney.

PS:- I still with KPT would give us more money :) I lub U KPT!!!

12 July 2006

Going to Australia.......

Ello :)

I've been busy preparing to depart for Sydney, Australia to do my PhD in Video Retrieval... and things couldn't be more dandy :) Duuhhh....

It's been quite hectic cuz all of the last minute stuff I have to do. Passport, VISA, medical checkup, plane tickets, accommodation, temporary accommodation, allowances.... the list goes on and on dan on et on dan on lagi...

To make this entry short and sweet, let's just talk about the cost I've incurred (until now)... and these costs, according to University Putra Malaysia's administration... are NON-claimable and need to come out of my own pocket.... :P

1. 32-page International Passport - RM300
2. VISA application fee - RM1,182 (yeah... I know... AUD430 is the price now)
3. Translation of necessary documents (only my kid's birth cert + marriage cert) - RM130
4. Medical chekup - Going to do today, but I guess must be RM100++

ok. Total... at the moment... RM1,712.... Uekkk....

Ok. Let's say I take out the passport... it's still a whopping RM1,412...
Hmmmm.... Mahal jugak kerja jadik TUTOR ni... Nak sambung belajar, which is a requirement
for me to keep on working, is proving to be very dear... and all are unclaimable... hehehehe

tapi takpa la kot. At least I'm living in a country that's peaceful... got a beautiful wife and kid,
and oso... can eat all I want until I get overweight.... which in a way ain't good :)
But dat aint the food's fault.

ok. Lari topik

Anwyayz :)

Assalamaaualaikum WBT

05 July 2006

Superman Returns

Went to see Superman Returns ... early bird at TGV Mines :)

The movie was...

AWESOME!!!!!!

Ok :) TU je. Ni tiket dia

SUPERMAN HAS INDEED RETURNEDDDD!!!!

Jeng jeng jeng jeng jeng :)